TIMBALAN Ketua Setiausaha (dasar) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan  Dr Mary Wong Lai Lin (dua dari kanan)  diiringi  FD Iskandar (dua dari kiri) melakukan gimik perasmian MAPEX 2018.
TIMBALAN Ketua Setiausaha (dasar) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dr Mary Wong Lai Lin (dua dari kanan) diiringi FD Iskandar (dua dari kiri) melakukan gimik perasmian MAPEX 2018.
HM Digital

Kuala Lumpur: Maybank menawarkan pinjaman perumahan bernilai RM10 bilion menerusi skim pinjaman perumahan mampu milik baru dikenali Maybank MaxiHome Ezy.

MaxiHome Ezy adalah skim yang menawarkan pilihan pembayaran balik bulanan lebih rendah untuk lima tahun pertama dalam usaha untuk menyediakan pembeli khususnya pertama kali, fleksibiliti untuk memiliki kediaman.

Skim di bawah perbankan Islam dan konvensional itu membolehkan pelanggan membayar faedah atau keuntungan pinjaman untuk lima tahun pertama manakala ansuran penuh bermula dari tahun keenam.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican berkata, skim pinjaman baharu itu inisiatif Maybank untuk membantu pembeli berdepan isu kemampuan apabila membeli kediaman terutama generasi muda yang baru bekerja.

“Maybank MaxiHome Ezy membolehkan pembeli menguruskan aliran tunai lebih cekap dalam tempoh lima tahun pertama menerusi komitmen bulanan rendah.

“Ia membolehkan pembeli memiliki lebihan tunai dalam tangan yang boleh digunakan untuk tujuan lain termasuk kos pemindahan dan ubah suai,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Maybank MaxiHome Ezy sempena Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) 2018 di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri FD Iskandar berkata, acara tahunan dianjurkan sejak 1999 itu menampilkan beberapa kelainan termasuk rebat tunai kepada pembeli kediaman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 April 2018 @ 12:41 AM