HM Digital

Kuala Lumpur: Kadar berkanun caruman syer pekerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kembali kepada kadar asal pada 11 peratus bagi ahli berumur kurang daripada 60 dan 5.5 peratus bagi mereka yang berusia melebihi 60 tahun berkuat kuasa upah/gaji Januari 2018 bagi caruman Februari 2018.

KWSP dalam kenyataan berkata, majikan perlu memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada upah/gaji pekerja dan meremitkannya kepada KWSP berdasarkan kadar caruman yang baru.

“Kadar caruman pekerja dan majikan boleh dirujuk di Jadual Ketiga Akta KWSP 1991,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Disember 2017 @ 8:58 AM