PENGARAH urusan Epson Malaysia, Daisuke Hori (dua kiri)dan Lee (tiga kiri) pada majlis pelancaran. FOTO Amirudin Sahib.
PENGARAH urusan Epson Malaysia, Daisuke Hori (dua kiri)dan Lee (tiga kiri) pada majlis pelancaran. FOTO Amirudin Sahib.
Wan Nur Ameera Meor Rozman

Petaling Jaya: Epson Malaysia Sdn Bhd (Epson Malaysia), peneraju pasaran dunia dalam teknologi percetakan komited untuk terus menerajui pasaran pencetak tangki dakwat pada masa akan datang.

Pengurus Besar Pemasaran dan Jualannya Danny Lee berkata, dengan ruang pasaran sebanyak 27 peratus, segmen pencetak tangki dakwatnya menguasai 60 peratus dan berharap ia dapat ditingkatkan kepada 70 peratus menjelang tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018.

Menurutnya, pihaknya optimis mampu mencapai unjuran itu didorong oleh pelancaran pencetak tangki dakwat bersepadu duplex A4 menerusi siri L baru dengan lima pilihan model merangkumi L4150, L4160, L6160, L6170 dan L6190.

“Pencetak siri L baru ini menawarkan kos percetakan terendah di pasaran.

“Dengan reka bentuk bersaiz kecil yang lebih inovatif, pencetak tangki dakwat bersepadu siri L baru mampu menjimatkan kos kertas sehingga 50 peratus, menawarkan kecekapan tugasan serta hadir dengan sambugan Wi-Fi dan Wi-Fi Direct bagi memudahkan pencetakan pengguna,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran siri L baru, Epson WorkForce Enterprise WF-C20590 (WF-C20590) dan WorkForce Pro WF-C869R (WF-C869R), di sini, semalam.

Mengambil kira kehendak pelanggan, Epson kini tampil dengan botol dakwat bebas tumpahan yang mudah digunakan apabila mengisi dakwat.

Ia juga dicipta dengan muncung botol unik bagi mencegah kesilapan pengisian dakwat dengan setiap set lengkap empat botol dakwat berupaya menghasilkan sehingga 7,500 halaman hitam putih serta 6,000 halaman berwarna, sekali gus dapat membantu pelanggan mengurangkan kos operasi.

WF-C20590 dan WF-C869R dilengkapi teknologi Sistem Pek Dakwat Diganti (RIPS) generasi kedua bagi membantu pencetakan ultra pantas masing-masing pada kelajuan 100ppm dan 35ppm seterusnya meningkatkan kecekapan operasi.

WF-C20590 pula mampu mencetak sehingga 100 muka surat dalam tempoh satu minit dengan keupayaan menghasilkan sehingga 100,000 halaman hitam putih dan 50,000 halaman berwarna untuk setiap set katrij manakala WF-C869R, antara 22,500 sehingga 86,000 halaman secara keseluruhan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 September 2017 @ 1:49 AM