ABDUL Wahid (tiga kiri) bersama (dari kiri) Mohammad Hussin, Abdul Rahman dan Sheila bersama Pengarah AMB, Datuk Noorizah Abd Hamid dan Pengarah AMB, Norlin Abdul Samad melancarkan logo Ulang Tahun ke-10 AMB. FOTO Zulfadhli Zulkifli
ABDUL Wahid (tiga kiri) bersama (dari kiri) Mohammad Hussin, Abdul Rahman dan Sheila bersama Pengarah AMB, Datuk Noorizah Abd Hamid dan Pengarah AMB, Norlin Abdul Samad melancarkan logo Ulang Tahun ke-10 AMB. FOTO Zulfadhli Zulkifli
Nabil Basaruddin


AMANAH Mutual Berhad (AMB), anak syarikat milik penuh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), memperkenalkan dana pendapatan tetap Dana Amanah AMB Global (AMB GIT) sempena ulang tahun ke-10 syarikat pengurusan unit amanah berkenaan.

AMB GIT ialah dana bon global tertutup kelas pelaburan dengan jangka hayat selama tiga tahun dan bermatlamat untuk memberi pulangan melalui pembayaran pengagihan pendapatan tahunan selama dua tahun diikuti dengan pembayaran sekali gus pada tarikh matang dana iaitu pada 14 September 2020.

Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, sebagai syarikat pengurusan unit amanah, AMB telah membuktikan komitmennya dalam pengurusan dana selama ini kepada pelanggan dan pelabur.

"Sepanjang 10 tahun yang lalu, AMB telah mencatat rekod prestasi yang kukuh dengan memberi pulangan yang konsisten dan memenuhi objektif pelabur.

"Malah, AMB telah meraih pelbagai kecemerlangan termasuklah 34 anugerah daripada agensi penyelidikan dana antarabangsa yang terkemuka hasil daripada prestasi cemerlang dana-dananya sejak 2008," katanya pada majlis memperkenal sambutan Ulang Tahun Ke-10 AMB serta pelancaran dana AMB GIT dan logonya di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif AMB, Sheila Halim.

Gambar Zulfadhli Zulkifli

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Julai 2017 @ 10:21 PM