DR Zul Azhar (empat dari kiri) bersalaman dengan Leow selepas menandatangani surat hasrat.
DR Zul Azhar (empat dari kiri) bersalaman dengan Leow selepas menandatangani surat hasrat.

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Macro Dimension Concrete (MDC) Sdn Bhd bagi memenuhi keperluan industri dalam penyediaan konkrit.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata, UniMAP menerusi Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) serta Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bahan menjalinkan kerjasama dengan MDC bagi membangunkan penyelidikan saintifik dalam bidang berkenaan.

Beliau berkata, perbincangan berkenaan dimulakan beberapa bulan lalu bersama pusat kecemerla­ngan itu sebelum LOI ditandatangani baru-baru ini.

“Selain itu, antara objektif LOI ialah memantapkan kewangan luaran, institusi atau jabatan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan antara kedua-dua pihak, di samping mobiliti kakita­ngan dan pelajar UniMAP,” katanya.

Majlis menandatangani LOI berlangsung di Pejabat Naib Canselor denga turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Prof Dr Rezuwan Kamarudin; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan; Pengarah Pusat Kerjasama Industri dan Kerajaan Tempatan (CIGC) UniMAP, Dr Shafriza Nisha Basah; Pengurus CEGeoGTech, Prof Madya Dr Mohd Mustafa Albakri Abdullah dan Dekan PPK Bahan, Dr Mohd Firdaus Omar.

Pada majlis itu, UniMAP diwakili Dr Zul Azhar manakala MDC diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Leow Khang Heng.

Dr Zul Azhar berkata, MDC bersetuju memperuntukkan biasiswa kepada pelajar UniMAP, di samping penempatan latihan industri dan memperkasa

akademi MDC.

“Lebih menarik, Akademi MDC turut menawarkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bertepatan dengan teras UniMAP dalam bidang kejuruteraan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 5:30 AM