PELAJAR boleh mencuba peralatan sains dalam bas.
PELAJAR boleh mencuba peralatan sains dalam bas.
Fazurawati Che Lah

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah entiti yang bertanggungjawab memantapkan perkhidmatan perundingan universiti itu dalam pelbagai bidang kepakaran seperti pembangunan komuniti, pengembangan pertanian, pembangunan keusahawanan serta kemajuan profesional dalam memenuhi keperluan modal insan negara.

Penubuhan UCTC UPM bertujuan menggerakkan sumber fizikal dan kepakaran intelektual di universiti berkenaan kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti dan projek yang sering dijalankan.

Selaras dengan penubuhan itu, UCTC UPM mewujudkan bas Pengembangan Putra bagi memudahkan lagi aktiviti komuniti termasuk pameran bergerak.

Bas Pengembangan PUTRA antara program jalinan masyarakat berasaskan khidmat nasihat dan rundingan untuk mendekatkan masyarakat secara langsung.

Melalui pendekatan ini, khidmat pengembangan dalam bidang yang relevan dapat diberikan kepada kumpulan sasar di kawasan yang terpilih.

BAS Pengembangan PUTRA untuk memberi penerangan kepada komuniti.
BAS Pengembangan PUTRA untuk memberi penerangan kepada komuniti.

Pengarah UCTC UPM Prof Dr Mansor Abu Talib berkata, program Pengembangan UPM melalui bas Pengembangan PUTRA adalah hasil kesinambungan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan UPM dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi golongan sasar dan agensi pembangunan di beberapa tempat di seluruh negara.

“Bas ini sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Jadi penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa supaya ia berupaya memberi maklumat secara berterusan. Selain menjadi contoh terbaik dalam melaksanakan aktiviti jaringan antara masyarakat dan UPM.

“Kebanyakan pameran bergerak ini mendapat permintaan dari sekolah yang mengadakan program dan mampu menarik minat pelajar mendapat pelbagai maklumat berguna di dalam bas,” katanya.

Jika terdapat agensi atau pihak berminat menggunakan perkhidmatan Bas Pengembangan PUTRA, bolehlah terus ke laman web uctc iaitu http://www.uctc.upm.edu.my/perkhidmatan/bas_pengembangan_putra-6314.

NAIB Canselor UPM Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris ketika melakukan kunjungan ke dalam Bas Pengembangan PUTRA.
NAIB Canselor UPM Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris ketika melakukan kunjungan ke dalam Bas Pengembangan PUTRA.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 September 2018 @ 12:55 PM