SCHUMACHER tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak dia mengalami kecederaan otak yang serius. FOTO Agensi
SCHUMACHER tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak dia mengalami kecederaan otak yang serius. FOTO Agensi
Reuters

Berlin: Polis Jerman menahan dua lelaki atas dakwaan memeras ugut keluarga juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Michael Schumacher, lapor Bild.

Dua lelaki dari bandar Wuppertal di barat Jerman itu ditangkap semalam dan mengesan berjuta-juta euro, lapor Bild.

Pendakwa raya di Wuppertal membuka penyiasatan terhadap pemerasan yang ditujukan kepada seorang selebriti dan penahanan dibuat berhubung siasatan itu, kata seorang jurucakap, tanpa menamakan selebriti itu.

Jurucakap Schumacher tidak segera membalas selepas diminta untuk memberi komen.

Pada 2017, mahkamah di Reutlingen menjatuhkan hukuman gantung kepada seorang lelaki yang menghantar e-mel yang mengancam anak-anak Schumacher melainkan dia menerima €900,000 (RM4.5 juta)

Schumacher tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak dia mengalami kecederaan otak yang serius dalam kemalangan ski semasa percutian keluarga di Alps Perancis pada Disember 2013.

Keluarga Schumacher mengekalkan privasi yang ketat mengenai keadaannya, dengan akses terhad kepada mereka yang paling rapat dengannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2024 @ 11:56 PM