PADAH keadaan huru-hara di hentian pit pasukan Alpine didenda. FOTO Agensi
PADAH keadaan huru-hara di hentian pit pasukan Alpine didenda. FOTO Agensi
Reuters

Shanghai: Steward Formula Satu (F1) mendenda pasukan Alpine milik Renault sebanyak €10,000 (RM50,980) selepas hentian pit Grand Prix (GP) China yang kelam-kabut menyebabkan seorang mekanik tersungkur.

Pierre Gasly diberi lampu hijau untuk keluar dari kotak hentian pit sebelum tayar belakang kanan dipasang dengan betul apabila krew pasukan tersilap menekan butang untuk melepaskan jentera.

Pemandu Perancis itu ditahan sebelum meninggalkan kotak hentian pit, dengan seorang mekanik terjatuh ke belakang dalam keadaan huru-hara tetapi dapat meneruskan baki perlumbaan.

Steward berkata Gasly tidak bersalah dan pasukan itu bertanggungjawab sepenuhnya.

Alpine masih belum meraih sebarang mata selepas lima perlumbaan.

Gasly mendapat tempat ke-13 pada hari ini dan rakan sepasukan Esteban Ocon, dengan kereta yang dipertingkatkan, menduduki tempat ke-11.

"Syukurlah tiada siapa yang cedera, dan kami akan menyiasat sebab-sebab untuk mengelak kejadian seperti itu berlaku pada masa akan datang," kata bos pasukan, Bruno Famin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 9:48 PM