HORNER lega dakwaan ke atasnya selesai. FOTO  AFP
HORNER lega dakwaan ke atasnya selesai. FOTO AFP
Reuters

London: Prinsipal pasukan Formula Satu (F1) Red Bull, Christian Horner memberi reaksi selepas bebas daripada dakwaan salah laku dengan berkata beliau gembira proses itu berakhir dan perpaduan dalam kalangan penyandang juara tidak membuatkan mereka lebih kuat.

Warga Britain itu tiba di Bahrain menjelang perlumbaan pertama musim ini dan bercakap dengan Sky Sports sambil berjalan dari hospitaliti ke garaj pasukan.

"Saya hanya gembira kerana proses itu sudah berakhir. Saya jelas tidak boleh mengulas mengenainya tetapi di sini, tumpuan sekarang kepada Grand Prix dan musim hadapan dan cuba mempertahankan kedua-dua kejuaraan kami," katanya.

Ditanya sama ada penyesalan proses itu diketahui umum, Horner sekali lagi enggan mengulas.

"Saya gembira berada di sini di Bahrain dengan pasukan fokus pada musim hadapan," jawabnya.

"Dalam pasukan, ia tidak pernah menjadi lebih kuat," tambahnya berusia 50 tahun itu sebagai jawapan kepada pertanyaan terakhir mengenai perpaduan dalam pasukan.

Red Bull memenangi 21 daripada 22 perlumbaan musim lalu, yang paling dominan, dengan pemandu Belanda, Max Verstappen merangkul kejuaraan ketiga berturut-turut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Februari 2024 @ 9:50 PM