AZLAN Shah tak pasti kekal beraksi di ARRC.
AZLAN Shah tak pasti kekal beraksi di ARRC.
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Pelumba motosikal negara Azlan Shah Kamaruzaman memberi bayangan mungkin akan menamatkan kariernya di pentas Asia lebih awal.

Azlan yang pernah beraksi di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) dalam kategori Moto2 berkata, hingga kini dia masih belum menerima jawapan pasti sama ada masih akan kekal bersaing Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 atau tidak.

Ini kerana dia yang pernah muncul juara kelas ASB1000cc 2019 masih belum mendapat tawaran dari pasukan baharu selepas TKKR Racing Team dalam hantaran di Facebook baru-baru ini, mendedahkan kegagalan mereka mendapatkan penaja dan ia mungkin menyebabkan perjalanan pasukan di peringkat Asia terhenti untuk musim 2024.

"Kalau masih belum dapat tawaran saya mungkin bersara awal di pentas Asia. Memang saya letakkan sasaran untuk berlumba hingga usia 40 tahun di peringkat Asia.

"Lagipun mesti pasukan lain mahukan pelumba lebih muda berbanding yang sudah berusia. Sebabnya bila umur dah 41 tahun susah untuk bersaing dengan pelumba lebih muda dari segi tenaga yang sebagainya," katanya.

Namun Azlan yang memiliki AS25 Academy Racing Team berkata, jika kariernya di pentas Asia berakhir, dia mungkin akan beralih arah untuk menyertai Kejuaraan Endurance Dunia (EWC) pada 2025 selepas ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2024 @ 4:16 PM