TOTO Wolff. -FOTO AFP
TOTO Wolff. -FOTO AFP
Agensi

London: Toto Wolff tidak menolak untuk cuba memancing Max Verstappen atau Fernando Alonso bersama Mercedes bagi menggantikan Lewis Hamilton.

Penghijrahan Hamilton ke Ferrari untuk musim 2025 menyebabkan satu kehilangan besar yang perlu diisi.

Keinginan Mercedes untuk merekrut pemandu terbaik mungkin agak terhad oleh kontrak yang membabitkan jumlah wang yang besar, contohnya Lando Norris dengan McLaren dan Charles Leclerc dengan Ferrari.

Wolff ketika ditanya sama ada langkah untuk mendapatkan Verstappen atau Alonso boleh menjadi kenyataan, beliau menjawab segalanya mungkin.

"48 jam yang lalu, saya tidak menyangka bahawa Lewis akan memberitahu saya bahawa dia akan memandu untuk Ferrari tahun depan," katanya.

"Itulah sebabnya saya tidak akan menolak segala kemungkinan dalam Formula 1.

"Pelumba membuat keputusan sama ada mahu bersama pasukan atau tidak. Ia bergantung kepada keadaan.

"Dan jika pada satu ketika pelumba berkata dia tidak mahu memandu lagi, ada sedikit cara untuk mengatasinya. Itulah sebabnya saya tidak akan menolak apa-apa, tiada sesiapa pada bila-bila masa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Februari 2024 @ 3:01 PM