VERSTAPPEN laung amaran awal menjelang GP Sao Paulo. FOTO AFP
VERSTAPPEN laung amaran awal menjelang GP Sao Paulo. FOTO AFP
AFP

Sao Paulo: Max Verstappen meneruskan tabiat kemenangannya dengan satu lagi kejayaan yang diukir dengan baik untuk Red Bull apabila dia menang dalam perlumbaan pecut di Grand Prix (GP) Sao Paulo.

Juara dunia tiga kali itu menamatkan saingan dengan selesa mengatasi Lando Norris dari McLaren.

Verstappen merampas kedudukan pendahulu pada permulaan dan menang dengan kelebihan 4.287 saat (s) di hadapan Norris yang menduduki petak utama, manakala rakan sepasukannya, Sergio Perez menduduki tempat ketiga di depan George Russell dari Mercedes dan Charles Leclerc (Ferrari).

Ia adalah kemenangan perlumbaan pecut keempat Verstappen untuk musim ini.

"Jauh lebih baik daripada tahun lalu," kata Verstappen kepada pasukannya di penamat.

"Adalah penting untuk terus mara pada permulaan, tetapi kelancaran itu tidak menakjubkan.

"Ia satu permulaan yang baik dan kami belajar banyak untuk esok."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 November 2023 @ 8:59 AM