SAINZ meraikan kejayaan muncul juara di GP Singapura. FOTO Reuters
SAINZ meraikan kejayaan muncul juara di GP Singapura. FOTO Reuters
Reuters

Singapura: Pelumba Ferrari, Carlos Sainz memenangi Grand Prix (GP) Singapura untuk menamatkan rekod 10 kemenangan berturut-turut pendahulu Formula Satu (F1), Max Verstappen dan menghancurkan impian Red Bull untuk mengharungi musim ini tanpa kalah.

Lando Norris dari McLaren menduduki tempat kedua dan Lewis Hamilton dari Mercedes menduduki tempat ketiga ketika Red Bull turun dari podium buat kali pertama sejak GP Brazil November lalu.

Red Bull memenangi 15 perlumbaan berturut-turut tetapi ia kelihatan akan berakhir dari saat mereka gagal untuk layak dalam kedudukan 10 teratas pada pusingan kelayakan.

Juara dunia berganda, Verstappen bermula di petak ke-11 dan menduduki tempat kelima, dengan rakan sepasukan dan saingan terdekat. Sergio Perez, pemenang tahun lalu di Singapura, berada di tempat kelapan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 September 2023 @ 10:37 PM