NORRIS masih mempunyai kontrak dengan McLaren sehingga 2025.
NORRIS masih mempunyai kontrak dengan McLaren sehingga 2025.
Agensi

London: Nico Rosberg mendakwa Lando Norris mungkin akan bertukar pasukan selepas khabar angin mengaitkan pelumba Britain itu dengan Red Bull.

Norris masih mempunyai kontrak di McLaren sehingga 2025 tetapi ia tidak menghalang spekulasi mengenai masa depannya.

Kemampuannya menarik minat Red Bull dan mempunyai hubungan rapat dengan Max Verstappen manakala kontrak Sergio Perez bersama pasukan itu tamat tahun depan.

Norris dikaitkan untuk menggantikannnya dan kini Rosberg membayangkan perpindahan pelumba itu ke pasukan baharu.

Bekas rakan sepasukan Lewis Hamilton itu berkata kepada Sky Sports: "Kemana dia [Norris] pergi? Tahun depan saya dengar ada pertukaran pasukan."

Ketua Red Bull Helmut Marko membayangkan untuk menggantikan Perez dengan Norris selepas pelumba Mexico itu kurang konsisten.

Manakala Verstappen mendedahkan dia berbincang mengenai potensi perpindahan dengan Norris.

"Kami bercakap mengenainya tetapi dia mempunyai kontrak panjang dengan McLaren. Jadi kami akan menunggu apa berlaku di masa hadapan."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 September 2023 @ 12:24 PM