ALLAHYARHAM Hattem hilang kawalan dan terjatuh ke atas jalan. FOTO  media sosial
ALLAHYARHAM Hattem hilang kawalan dan terjatuh ke atas jalan. FOTO media sosial
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) mengesahkan perlumbaan Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023, yang berlangsung hujung minggu lalu di Pekan, Pahang tidak mendapat kelulusan mereka.

Menurut MAM, mereka amat dukacita di atas berita pemergian pelumba drag profesional, Hattem Rashdi semalam dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah.

"Untuk makluman semua, perlumbaan Drag Bike National ET Record Championship 2023 ini

tidak diluluskan dan diiktiraf (sanctioned) oleh pihak MAM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar MAM, sukan permotoran adalah suatu sukan yang merbahaya dan mana-mana pihak yang ingin menyertai sukan permotoran baik selaku penganjur, pemilik litar atau pelumba wajib mematuhi peraturan dan protokol ketat yang ditetapkan.

"Ia untuk memastikan tahap keselamatan yang tertinggi, meningkatkan persaingan dan akhirnya memberi peluang kepada pelumba dan penonton menikmati acara perlumbaan berkenaan.

"Acara yang diiktiraf (sanctioned events) oleh pihak MAM dijalankan dengan

mematuhi garis panduan am dan teknikal yang ditetapkan oleh pihak Persekutuan Autumobil Antarabangsa (FIA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) berkaitan dengan penganjur, kemudahan, peserta dan kenderaan," kata MAM.

Tambahnya, acara sukan permotoran yang dikawal selia atau diiktiraf akan memberi parameter yang jelas kepada penganjur dan peserta mengenai persekitaran perlumbaan yang selamat, penglibatan marsyal serta pegawai perlumbaan yang berkelayakan dan berpengalaman.

"Persediaan litar pula yang merangkumi aspek keselamatan, pasukan perubatan dan

perlindungan insuran kepada penonton, pelumba, pegawai dan penganjur.

"Oleh yang demikian, penganjur amat digalakkan untuk memastikan acara mereka

diluluskan dan dikawal selia (sanctioned) dengan bekerjasama bersama pihak MAM," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2023 @ 4:53 PM