HAMILTON yakin kemampuan Verstappen. FOTO AFP
HAMILTON yakin kemampuan Verstappen. FOTO AFP
Reuters

Montreal: Lewis Hamilton memegang rekod untuk kemenangan Grand Prix (GP) tetapi juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali itu mengakui Max Verstappen boleh memecahkan rekod berkenaan.

Hamilton yang hampir menandatangani lanjutan kontrak dengan Mercedes berpeluang menambah 103 kemenangannya termasuk tujuh kali di Litar Gilles Villeneuve di GP Kanada hujung minggu ini

Bagaimanapun, dia mengakui pelumba Belanda berusia 25 tahun itu mampu mengatasi rekodnya.

"Dia mempunyai karier yang sangat panjang untuk ditempuh," kata Hamilton merujuk kepada peluang Verstappen mengatasi rekodnya.

"Akhirnya rekod ada tersedia di sana untuk dipecahkan. Kami perlu bekerja lebih keras untuk terus melanjutkan tempoh dan, sekurang-kurangnya di penghujung karier saya, saya harap kami dapat menjalani perlumbaan yang lebih sengit."

Verstappen boleh meraih kemenangan F1 ke-100 buat Red Bull hujung minggu ini dan menyamai legenda Brazil, Ayrton Senna dengan muncul juara buat kali ke-41.

Juara dunia berganda Belanda itu memenangi lima daripada tujuh perlumbaan musim ini, melebarkan kedudukannya dalam kedudukan keseluruhan kepada 53 mata dengan mengatasi rakan sepasukan dari Mexico, Sergio Perez, memenangi dua lagi perlumbaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2023 @ 9:47 AM