TORRAS Martinez meninggal dunia selepas kemalangan ketika perlumbaan. FOTO AFP
TORRAS Martinez meninggal dunia selepas kemalangan ketika perlumbaan. FOTO AFP
Reuters

Madrid: Pelumba motosikal Sepanyol, Raul Torras Martinez meninggal dunia selepas kemalangan ketika perlumbaan Isle of Man TT, malam tadi, umum penganjur dalam satu kenyataan.

Ia menyatakan pelumba berusia 46 tahun itu terbunuh ketika perlumbaan pertama Supertwin selepas kemalangan pada pusingan ketiga dan terakhir.

Torras Martinez adalah pesaing berpengalaman dalam TT apabila membuat penampilan sulung di pulau itu pada 2017 dan bersaing dalam 21 perlumbaan.

Dia mencatatkan rekod pusingan terpantas peribadi, semalam, untuk menduduki tempat ke-20 perlumbaan Superstock.

"Raul adalah pelumba Sepanyol tunggal mencatat pusingan terpantas di litar TT," kata penganjur.

Perlumbaan TT mula diadakan sejak 1907 dan kejohanan itu dianggap antara yang paling berbahaya dalam sukan permotoran.

Enam pelumba meninggal dunia tahun lalu dan Torras Martinez adalah mangsa korban ke-267 dalam sejarah acara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2023 @ 11:40 AM