Montmelo, Sepanyol: Pemandu Red Bull Max Verstappen menjuarai Grand Prix (GP) Sepanyol sebentar tadi selepas mengatasi dua pencabar dari Mercedes, Lewis Hamilton dan George Russell.
Kemenangan terbabit yang kelima buat Verstappen musim ini, kali ketiga berturut-turut dan ke-40 dalam karier Formula Satu (F1) juara dunia berganda itu.
Pelumba Belanda berusia 25 tahun itu turut meraih mata bonus selepas melakukan pusingan terpantas.