JENTERA Perez yang diangkat kren menampakkan bahagian bawah. FOTO Agensi
JENTERA Perez yang diangkat kren menampakkan bahagian bawah. FOTO Agensi
Reuters

Monaco: Kemalangan Sergio Perez di Grand Prix Monaco mungkin memberi pakar aerodinamik Mercedes gambaran berguna mengenai beberapa rahsia tersembunyi Red Bull yang dominan musim ini, jelas pengarah teknikal, James Allison.

Jentera Perez merempuh bahagian tepi litar jalanan itu ketika sesi kelayakan, ia memperlihatkan bahagian bawah kereta berkenaan (ketika diangkat) hasil rakaman foto tatkala ia sukar untuk dilihat sebelum ini.

Bahagian bawah adalah kawasan yang paling sensitif dari segi aerodinamik.

"Jurugambar berada di kawasan strategik di litar, di mana terdapat kemungkinan bahawa kren akan dibawa ke dalam perlumbaan dan di sana mereka bersedia untuk mengambil gambar," kata Allison dalam taklimat pasukan.

"Kami mendapat gambaran yang jelas dari Red Bull dan itu sentiasa menjadi perkara yang baik untuk ahli aerodinamik kami meneliti dan melihat sama ada kami boleh memilih butiran yang akan menarik minat kami dalam program ujian berterusan kami."

Mercedes juga mengangkat jentera Lewis Hamilton yang baru dinaik taraf di Monaco, dan Allison menyedari bahawa pasukan lawan mereka akan melakukan perkara sama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2023 @ 8:35 PM