HAMILTON gembira dengan perkembangan terbaru jenteranya. -FOTO Reuters
HAMILTON gembira dengan perkembangan terbaru jenteranya. -FOTO Reuters
AFP

Monaco: Lewis Hamilton berkata dia "sangat gembira" dengan pakej menaik taraf Mercedes yang menambah baik keretanya dan membantunya menduduki tempat keempat di hadapan rakan sepasukan George Russell dalam Grand Prix Monaco.

"Saya sangat gembira. Kami sudah maju ke hadapan," kata juara dunia tujuh kali itu.

"Menjelang hujung minggu ini, saya tidak tahu di mana kami akan berada dan menduduki tempat keempat dan kelima adalah mata yang baik untuk pasukan.

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas peningkatan kereta kami."

Merujuk kepada keadaan dalam perlumbaan yang mencabar dalam keadaan yang berubah, Hamilton berkata: "Kami gembira dengan perkembangan ini.

"Kami menewaskan Ferrari dan kami mendapat beberapa mata yang hebat sebagai satu pasukan.

"Dan sekarang kami akan ke Barcelona yang menjadi litar terbaik untuk kami. Sukar untuk diketahui di sini kereta itu terasa keras sebab terdapat banyak bonggol dan ia rumit.

"Tetapi saya perhatikan satu bahagian kereta yang lebih baik, tetapi saya tidak tahu bagaimana keadaannya minggu depan.

Sementara itu juara dunia berganda, Max Verstappen berjaya mengungguli Grand Prix (GP) Monaco selepas menguasai perlumbaan dari awal hingga ke garisan penamat sekali gus membolehkan dia terus mendahului kedudukan keseluruhan dengan 39 mata.

Ia adalah kemenangan kali keenam Red Bull daripada enam perlumbaan musim ini.

Sementara ittu pelumba Sepanyol, Fernando Alonso dari Aston Martin menamatkan saingan di tempat kedua tetapi ketinggalan 27.9 saat.

Pelumba Perancis, Esteban Ocon melengkapkan podium dengan menduduki tempat ketiga, manakala juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dari Mercedes hanya berpuas hati di tempat keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Mei 2023 @ 11:40 AM