CHARLES Leclerc. FOTO AFP
CHARLES Leclerc. FOTO AFP
Agensi

London: Bekas pemandu Formula Satu (F1), Ralf Schumacher mendakwa Charles Leclerc dan Carlos Sainz adalah masalah utama yang dihadapi Ferrari.

Permulaan hambar Ferrari pada musim 2023 diteruskan di Grand Prix Miami apabila Sainz menerima penalti lima saat kerana memecut di hentian pit untuk menamatkan perlumbaan di tempat kelima.

Situasi sama dilalui Leclerc, yang terbabit kemalangan pada sesi kelayakan dan gagal meraih sebarang kemajuan pada perlumbaan sebenar untuk menduduki tempat ketujuh.

Menulis untuk Sky Deutschland, Schumacher secara terbuka mengecam kedua-dua pemandu itu kerana kurang konsisten.

"Ferrari sekali lagi tidak mencapai jangkaan. Ferrari memberikan saya gambaran yang sangat baik sejak Fred Vasseur memegang jawatan prinsipal pasukan.

"Saya melihat masalah terbesar adalah pemandu mereka. Bagi saya, Charles Leclerc dan Carlos Sainz tidak cukup konsisten," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2023 @ 11:03 AM