LECLERC di Grand Prix Miami. FOTO AFP
LECLERC di Grand Prix Miami. FOTO AFP
AFP

London: Ferrari sedang bergelut dengan jentera yang tidak konsisten dan kompetitif ketika sesi kelayakan dan perlumbaan kata dua pelumbanya Charles Leclerc dan Carlos selepas berdepan perlumbaan Grand Prix Miami yang sukar.

Perlumbaan seterusnya buat pasukan Itali itu adalah di tempat sendiri di Imola dan mula wujud rasa bimbang di kalangan peminat hasil keputusan hujung minggu lalu yang jauh daripada apa diharapkan.

Sainz menamatkan saingan di tempat kelima dan Leclerc di tempat ketujuh di Miami ketika Max Verstappen mengetuai Sergio Perez meraih kemenangan kelima Red Bull dalam lima perlumbaan dan penamat satu-dua yang keempat.

"(Ia adalah) gambaran yang hampir sama dengan awal tahun, kami berdaya saing dalam kelayakan (tetapi) sebaik tiba hari perlumbaan kami bergelut," kata Leclerc, yang pernah berada di petak pertama pada perlumbaan sebelum ini. Azerbaijan.

Leclerc menduduki tempat kedua dalam pecut ketika di Baku, meningkatkan harapan bahawa Ferrari mengorak langkah ke hadapan tepi bergelut ketika perlumbaan Ahad lalu.

"Prestasi jentera kami sukar digambarkan dan apabila anda keluar sedikit (daripadanya), ia mempunyai akibat yang besar pada keseimbangan," tambah Monegasque.

Leclerc terbabas dalam kedua-dua sesi kelayakan dan berkata dia bergelut dengan jentera itu pada kelajuan dan juga terjejas oleh angin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2023 @ 12:56 PM