VERSTAPPEN sekarang ini mendahului kedudukan keseluruhan kategori pemandu. FOTO AFP
VERSTAPPEN sekarang ini mendahului kedudukan keseluruhan kategori pemandu. FOTO AFP
AFP

Miami Gardens: Prinsipal Red Bull, Christian Horner berkata, beliau akan memastikan kedua-dua pelumba yang mendahului kedudukan keseluruhan, Max Verstappen dan Sergio Perez dilayan sama rata dan tidak berasa terancam di atas permusuhan sesama sendiri.

Penyandang juara, Verstappen sekarang ini mendahului selepas empat perlumbaan dengan enam mata mengatasi rakan sepasukannya dari Mexico itu dan kedua-dua mereka sudah muncul juara sebanyak dua kali.

Setakat ini Red Bull membenarkan pasangan itu bersaing sesama sendiri tanpa sebarang arahan pasukan dan Horner berkata situasi itu memerlukan pengurusan yang teliti.

"Saya fikir ia adalah masalah positif. Saya rasa mana-mana prinsipal pasukan di hentian pit berharap mempunyai isu itu," katanya pada sidang akhbar selepas latihan pada hari Jumaat.

"Ia adalah sesuatu yang pernah kami alami sebelum ini dan saya fikir perkara paling penting ialah memastikan ketakutan tidak menjalar, kedua-dua pemandu dilayan sama rata.

"Anda bersusah payah untuk memberikan kesaksamaan sehingga ke tahap siapa yang memandu keluar dari garaj dahulu setiap hujung minggu, berselang-seli, malah berselang-seli dalam taklimat, siapa yang bercakap dahulu."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mei 2023 @ 9:14 AM