HAMILTON ketika menjalani sesi latihan bebas di Australia. FOTO AFP
HAMILTON ketika menjalani sesi latihan bebas di Australia. FOTO AFP
AFP

Melbourne: Juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton mengakui bahawa Mercedes berdepan harapan tipis untuk bersaing dengan Red Bull di Australia, dan menyamai tempat kelima di Arab Saudi adalah sasaran yang lebih realistik.

Pemandu Britain itu menduduki tempat kedua secara mengejut dalam latihan pembukaan di Albert Park di belakang Max Verstappen dari Red Bull, sebelum merosot ke tangga ke-13 dalam sesi kedua yang berlangsung dalam hujan.

Dia menyalahkan perubahan yang dibuat pada jentera menyebabkan catatan masanya merosot.

"Jentera itu 'berasa sedikit lebih baik pada sebelah pagi', kami membuat beberapa perubahan, ia tidak berfungsi, jadi kami akan menyemaknya malam ini," katanya.

"Kemudian hujan turun ia jelas bukan sesi terbaik. Anda tidak dapat belajar sebaik mungkin apabila ia melibatkan cuaca, jadi hanya pastikan jentera ini selamat sahaja."

Dia menjangkakan bahawa menjelang hari perlumbaan Ahad ini, Mercedes sekali lagi akan mengejar Verstappen dan rakan sepasukannya di Red Bull Sergio Perez.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2023 @ 10:06 PM