RUSSELL akui kemampuan luar biasa Red Bull. FOTO AFP
RUSSELL akui kemampuan luar biasa Red Bull. FOTO AFP
Reuters

London: Red Bull sukar untuk digugat dalam perlumbaan pembukaan musim Formula Satu (F1) di Bahrain sehingga pesaing mereka dari Mercedes, George Russell mengandaikan pasukan berkenaan mampu memenangi setiap perlumbaan tahun ini.

Pelumba Britain itu tidak keseorangan dalam memberikan pandangan mengenai senario berkenaan walaupun memenangi kesemua perlumbaan untuk satu pasukan tidak pernah berlaku sejak 1950 tatkala saingan sebelum ini jauh lebih kurang berbanding rekod 23 perlumbaan semusim.

Suasana di paddock selepas perlumbaan Ahad di Sakhir, dan lapangan terbang bercakap mengenai kemampuan Red Bull.

Juara dunia berganda Max Verstappen menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 11.987 saat (s) mengatasi rakan sepasukan dari Mexico, Sergio Perez yang 38.6s mengetepikan pelumba tempat ketiga dari Aston Martin, Fernando Alonso.

Pelumba Ferrari, Carlos Sainz 48s di belakang pemenang dan Verstappen beraksi tanpa sebarang tekanan.

"Red Bull akan merangkul kejohanan ini," kata Russell kepada pemberita selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.

"Saya tidak fikir pasukan lain dapat bersaing dengan mereka tahun ini. Mereka akan memenangi setiap perlumbaan, itulah pertaruhan saya."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mac 2023 @ 12:34 PM