CHRISTIAN Horner. -FOTO BBC
CHRISTIAN Horner. -FOTO BBC
Agensi

London: Prinsipal pasukan Formula Satu (F1) Red Bull, Christian Horner berkata, keseluruhan jentera pasukan itu akan dibuat sepenuhnya di Milton Keynes menjelang 2026.

Pada masa ini hanya casis dibuat di kilang dengan enjinnya dihasilkan oleh Honda.

Syarikat Jepun itu secara rasmi menarik diri daripada F1 tahun lalu tetapi bersetuju untuk terus membekal enjin dan sokongan kejuruteraan sehingga 2025.

Horner berkata: "Kami akan membawa keseluruhan kereta ke sini di tapak Milton Keynes."

Pasukan sebelum ini berpangkalan di bandar dengan Horner bertanggungjawab sejak ia ditubuhkan pada 2005.

Sebaik saja enjin dibuat di Milton Keynes, ia akan 'menjadi satu-satunya pasukan selain Ferrari di Maranello (Itali) mempunyai enjin dan casis dihasilkan di satu tempat," katanya.

Prinsipal berusia 49 tahun itu berkata: "Kami mempunyai pereka enjin dan pereka casis yang duduk bersebelahan jadi ia satu perpaduan yang boleh membawa kejayaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2022 @ 10:37 AM