PEREZ (kiri) dan Verstappen (kanan) meraikan kejayaan Red Bull. FOTO AP
PEREZ (kiri) dan Verstappen (kanan) meraikan kejayaan Red Bull. FOTO AP
AFP

Abu Dhabi: Juara dunia dua kali, Max Verstappen meraih rekod kemenangan ke-15 tahun ini dengan prestasi menakjubkan bersama Red Bull di Grand Prix Abu Dhabi, semalam.

Verstappen yang berusia 25 tahun, mendominasi dari awal hingga akhir tetapi dia tidak dapat membantu rakan sepasukannya di Red Bull, Sergio Perez menduduki tempat kedua keseluruhan kejuaraan pemandu.

Pemandu Mexico itu terpaksa berpuas hati menduduki tempat ketiga di belakang pemandu Ferrari, Charles Leclerc.

Kemenangan Verstappen adalah yang ketiga berturut-turut di Abu Dhabi dan yang ke-35 dalam kariernya.

"Sungguh luar biasa untuk menang sekali lagi di sini," kata pemandu Red Bull itu.

"Kemenangan ke-15 musim ini memang sukar dipercayai. Sungguh menyeronokkan untuk bekerja dengan seluruh pasukan dan dapat mencapai sesuatu seperti ini.

"Saya tahu ia akan menjadi sukar untuk mengekalkan prestasi sama tetapi ia juga adalah motivasi yang sangat baik untuk mencuba dan melakukannya dengan baik lagi tahun depan," katanya lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2022 @ 11:18 AM