AKSI HAMILTON di Grand Prix Austria. -FOTO AFP
AKSI HAMILTON di Grand Prix Austria. -FOTO AFP
Agensi

Austria: Juara dunia tujuh kali Mercedes Lewis Hamilton berkata dia terkedu apabila mendengar penonton bersorak selepas melihat dia terbabas melanggar penghadang kelajuan pada sesi kelayakan untuk Grand Prix Formula Satu Austria.

Pelumba berusia 37 tahun itu bagaimanapun mencatatkan masa ke-10 terbaik pada sesi kelayakan semalam.

Dia bermula di kedudukan kesembilan dan menamatkan saingan di tempat kelapan dalam saingan 23 pusingan dalam sesi kelayakan yang dikuasai Max Verstappen dari Red Bull.

Verstappen berdepan situasi yang sama apabila diejek dan sorakan ketika bermula di Silverstone, di litar Hamilton minggu lalu.

Pendahulu kejuaraan dari Red Bull itu diejek apabila dia memulakan perlumbaan di barisan hadapan dan bersorak apabila dia memperlahankan perlumbaan akibat kerosakan pada jenteranya menyebabkan kedudukannya jatuh ke tempat ketujuh.

"Saya melalui banyak perkara dalam kemalangan itu tetapi jelas mendengar apa yang berlaku selepas kemalangan itu.

"Saya tidak bersetuju dengan apa-apa perkara seperti itu, tidak kira apapun," kata Hamilton mengenai sorakan selepas dia melanggar penghadang tayar kelajuan.

"Ia sangat mengejutkan bahawa orang akan melakukan itu, mengetahui betapa bahayanya sukan kita.

"Saya bersyukur kerana saya tidak berada di hospital dan saya tidak cedera parah," kata pelumba paling berjaya dalam sejarah sukan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Julai 2022 @ 1:02 PM