VERSTAPPEN rai kemenangan podium ketiga musim ini. -FOTO EPA
VERSTAPPEN rai kemenangan podium ketiga musim ini. -FOTO EPA
AFP

Miami Gardens: Juara dunia Max Verstappen berjaya mengatasi cabaran lewat perlumbaan dari pendahulu kejuaraan Charles Leclerc yang memacu jentera Ferrari untuk meraih kejuaraan sulung buat Red Bull dalam keadaan cuaca panas terik di Grand Prix Miami.

Dalam perlumbaan yang meletihkan buat pelumba dan pasukan di Miami International Autodrome, pelumba berusia 24 tahun dari Belanda itu mempamerkan aksi matang dan memanfaatkan kelajuan di garis lurus perlumbaan.

Kemenangan kedua berturut-turut dan ketiga musim ini membolehkannya mengurangkan jurang mata dengan Leclerc kepada 19 mata dalam senarai kedudukan kejuaraan.

Leclerc kini mengumpul 104 mata dan Verstappen 85. Ia adalah kemenangan ke-23 dalam karier pelumba Belanda itu.

"Ia adalah Grand Prix yang luar biasa dan sangat menuntut fizikal juga tapi saya fikir kami berjaya mempertahankannya sehingga tamat," kata Verstappen.

Apabila Ribbs mencadangkan untuk di beralih ke 'gelanggang tinju' Verstappen membalas: "Saya rasa saya akan terus berlumba, tapi saya sangat sukakan tinju. Rasanya ia seperti apa yang saya rasa sekarang.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan di Miami dan ia adalah hari yang luar biasa untuk kami.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mei 2022 @ 8:23 AM