CHARLES Leclerc (kanan) raih petak utama di GP Miami. -FOTO EPA
CHARLES Leclerc (kanan) raih petak utama di GP Miami. -FOTO EPA
AFP

Miami: Pendahulu kejuaraan dunia, Charles Leclerc memuji keghairahan peminat Ferarri di Amerika namun memberi amaran tentang pertempuran sengit akan berlaku selepas mengetuai pasukan Itali itu di barisan hadapan Grand Prix Miami.

Pelumba berusia 24 tahun mendahului rakan pasukan di Ferrari, Carlos Sainz selepas juara dunia Max Verstappen melakukan kesilapan yang jarang berlaku meletakkannya di kedudukan ketiga grid untuk Red Bull di Miami International Autodrome.

"Peminat di sini gila," kata Leclerc dengan wajah yang gembira.

"Tapi ia luar biasa untuk berada di sini di Amerika Syarikat dan menyaksikan bagaimana sukan ini berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Perlumbaan pada hujung minggu lalu tidak bagus untuk saya. Saya melakukan kesalahan dalam perlumbaan itu. Tapi kali ini ia berjalan lancar.

"Kami bermula di petak pertama dan kami perlu menyelesaikan tugas esok.

Leclerc mencatat pusingan terpantas satu minit dan 28.796 saat untuk mengatasi rakan sepasukan Sainz.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2022 @ 11:19 AM