LECLERC meraikan kejayaan di pentas podium. FOTO EPA
LECLERC meraikan kejayaan di pentas podium. FOTO EPA
AFP

Melbourne: Pemandu Ferrari, Charles Leclerc yang mendahului dari awal hingga akhir, meraih kemenangan di Grand Prix Australia hari ini ketika juara dunia, Max Verstappen gagal menamatkan perlumbaan.

Pendahulu kejuaraan dunia dari Monaco itu bermula dari petak pertama dan mengekalkan kedudukannya itu sepanjang 58 pusingan di Litar Albert Park untuk melintasi garisan penamat dengan kelebihan 20.5 saat.

Pelumba Red Bull, Sergio Perez di tempat kedua manakala George Russell meraih podium ketiga sekali gus keputusan memberangsangkan untuk Mercedes yang sedang bergelut.

Rakan sepasukan Russell yang juga juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton di tempat keempat.

"Sungguh menakjubkan, kereta hari ini sangat luar biasa. Kami mempunyai kepantasan yang dimahukan.

"Saya melakukan tugas sebaik mungkin sepanjang minggu ini tetapi ia tidak mungkin akan menjadi kenyataan tanpa kereta yang mantap. Saya sangat gembira," kata Leclerc selepas mencatat kemenangan keempat dalam kariernya dan kedua musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2022 @ 4:32 PM