HAMILTON bersama ibunya, Carmen Larbalestier. FOTO Agensi
HAMILTON bersama ibunya, Carmen Larbalestier. FOTO Agensi
Agensi

Dubai: Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton mendedahkan dia kini dalam proses menukar nama bagi mengabadikan legasi ibunya.

Lewis, 37, berkata dia mahu nama keluarga ibunya, Larbalestier sentiasa bersamanya pada musim baharu Formula Satu.

Bagaimanapun, juara dunia tujuh kali itu menegaskan penukaran nama itu terlalu awal untuk digunakan pada Grand Prix Bahrain hujung minggu ini.

Hamilton yang ibu bapanya, Anthony dan Carmen berpisah ketika dia berusia dua tahun mempersoalkan mengapa wanita hilang nama keluarga selepas berkahwin.

Bercakap di pentas Ekspo Dubai 2022, dia berkata: "Saya sangat berbangga dengan nama keluarga saya, Hamilton.

"Sebenarnya tiada siapa di antara anda tahu nama keluarga ibu saya ialah Larbalestier dan saya akan meletakkannya dalam nama saya.

"Saya kurang faham mengenai idea mengapa selepas berkahwin, wanita hilang namanya. Saya benar-benar mahu teruskan namanya dengan nama Hamilton."

Ketika ditanya sama ada nama baharu akan digunakan pada perlumbaan Ahad ini, dia menambah: "Ia terlalu awal.''

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mac 2022 @ 11:04 AM