HAMILTON berjaya mencatat masa terpantas pada hari ketiga ujian pramusim di Barcelona. FOTO EPA
HAMILTON berjaya mencatat masa terpantas pada hari ketiga ujian pramusim di Barcelona. FOTO EPA
Reuters

Barcelona: Lewis Hamilton mencatat masa terpantas di ujian pramusim Formula Satu (F1) di Barcelona sekali gus mengatasi rakan sepasukan baru, George Russell yang melengkapkan kedudukan 1-2 buat Mercedes.

Pemandu Britain berusia 37 tahun itu berada di kedudukan teratas pada hari terakhir dengan mencatat masa 1 minit 19.138 saat (s) ketika berbaki lapan minit sebelum sesi berakhir.

Catatan itu membolehkan dia memiliki kelebihan 0.095s di belakang rakan sepasukan, Russell.

Ia menandakan penamat yang terbaik untuk ujian pertama buat Mercedes, selepas dua hari mempamerkan persembahan sederhana.

"Ia bukan mudah atau lancar sepanjang ujian. Kami sebenarnya perlu melepasi beberapa halangan lagi.

"Saya hampir mendapatkan 100 pusingan hari ini, jadi bagi ujian yang dilakukan hanya separuh hari ia tidak terlalu teruk buat saya," kata Hamilton.

Juara dunia tujuh kali itu yang memintas catatan Russell sebelum rehat berjaya melakukan 94 pusingan.

Sementara itu, Sergio Perez dari Red Bull mencatat masa ketiga terpantas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Februari 2022 @ 12:46 PM