Fernando Alonso. FOTO Agensi
Fernando Alonso. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Fernando Alonso berpendapat pasukan Formula Satu (F1) Alpine berada pada tahap terbaik berbanding 12 bulan lalu dan tidak lagi menjadikan alasan kekurangan sumber berbanding pasukan utama.

Alpine menamatkan saingan di tempat kelima dalam kejuaraan pengeluaran tahun lalu. Ia berikutan pencapaian mengejut Esteban Ocon di Hungary dan kejayaan Alonso mendaki podium di Qatar. Dua keputusan yang membanggakan memastikan mereka mengatasi saingan AlphaTauri.

Bekas pasukan Renault meneruskan perubahan dalam pengurusan mereka dengan Pengarah Eksekutif, Marcin Budkowski dan penasihat, Alain Prost kedua-duannya meninggalkan pasukan menjelang musim 2022, sementara bekas Prinsipal pasukan Aston Martin, Otmar Szafnauer diberi peluang untuk menyertai pasukan Enstone membabitkan tugas yang hampir sama.

Ketika Alpine mengharungi musim 2021 yang tidak konsisten, pasukan itu begitu yakin mereka sudah memperkemaskan operasi laluan litar, CEO Laurent Rosso memulakan penambahbaikan sama seperti bertapa pentingnya kemenangan Ocon di Budapest.

Alonso bersetuju bahawa Alpine kini berada di tahap terbaik berbanding permulaan musim lalu.

"Kami masih tidak lengkap sepenuhnya, tetapi semua orang pastinya mempunyai pandangan yang berbeza," kata pelumba Sepanyol itu.

"Sememangnya dengan pengalaman bekerja dengan beberapa pasukan berbeza, saya dapat lihat beberapa kelemahan kami dan beberapa aspek lain kami agak kuat. Begitupun, anda pasti akan cuba menjadikan pasukan lebih kuat dan bersedia pada 2022.

"Saya fikir kami lebih bersedia sekarang berbanding pada Mac lalu di Bahrain tetapi terdapat beberapa perkara yang saya pasti perlu diperbaiki."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 January 2022 @ 2:38 PM