GEORGE Russell. FOTO AFP
GEORGE Russell. FOTO AFP
Agensi

London: Selepas tiga tahun bersama Williams, George Russell kini menyertai Mercedes pada musim baharu dan bakal bergandingan dengan juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton.

Russell mengakui kehadirannya di Mercedes yang akan mengharungi 23 pusingan perlumbaan, akan menyaksikannya melalui musim yang cukup sibuk sepanjang tahun ini.

"Saya rasa tahun ini akan menjadi tahun paling sukar sepanjang hidup kerana selain sibuk berlumba, saya juga perlu menghadiri aktiviti luar seperti pemasaran jenama pasukan.

"Di Williams saya agak bernasib baik kerana tidak perlu melakukan banyak aktiviti pemasaran kerana kedudukan semasa kami di Formula Satu (F1).

"Ia tidak berlaku di Mercedes kerana mereka mempunyai banyak penaja dan komitmen yang memerlukan pemandu bersama dengan mereka.

"Saya boleh katakan dari sudut perlumbaan dan di luar litar, kedua-duanya pasti sibuk.

"Jadi, saya mungkin akan berehat seketika untuk bercuti pada bulan ini dan memulakan kempen pada hujung Januari," katanya.

Russell akan menyertai Mercedes dengan sasaran untuk mempertahankan kejuaraan pengeluar yang sudah dimenangi pasukan itu lapan kali berturut-turut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 January 2022 @ 11:51 AM