VERSTAPPEN tetap meraikan kejayaan seperti biasa walaupun perlumbaan terakhir menyaksikan dua protes daripada Mercedes. FOTO EPA
VERSTAPPEN tetap meraikan kejayaan seperti biasa walaupun perlumbaan terakhir menyaksikan dua protes daripada Mercedes. FOTO EPA
AFP

Paris: Juara dunia baharu Formula Satu (F1), Max Verstappen menegaskan bahawa kontroversi perlumbaan terakhir mengatasi Lewis Hamilton di Abu Dhabi tidak menjejaskan kegembiraannya meraikan kejayaan tatkala dia berterima kasih kepada pencabar utamanya dalam saingan sangat sengit musim ini.

"Secara keseluruhan ia musim yang tidak masuk akal dan anda tidak boleh melupakannya, walaupun perlumbaan terakhir yang gila.

"Ia seakan merumuskan keseluruhan musim. Musim ini amat sukar kerana apa sahaja boleh berlaku hingga perlumbaan terakhir seperti yang anda saksikan.

"Jadi saya tidak pernah katakan kepada diri sendiri, inilah masanya, saya akan menjadi juara. Saya tidak pernah memikirkan mengenainya," kata pelumba Belanda itu.

Ketika Hamilton semakin menghampiri gelaran dunia kelapan, Verstappen mengambil kesempatan selepas kemalangan dan selepas kereta keselamatan keluar dari litar dia memecut laju untuk memburu gelaran.

Verstappen dan Hamilton, yang memulakan perlumbaan dengan jumlah mata yang sama, memulakan pusingan itu dengan sengit namun pemandu berusia 24 tahun dari Red Bull itu memecut untuk melintasi garisan penamat.

"Pengorbanan yang besar, kerja keras, anda perlu mempercayainya. Ini adalah sebahagian usaha sejak beberapa tahun lalu.

"Ia usaha sebenar sebuah pasukan, ia mengambil sedikit masa, tapi kini kami sudah berada di sini," kata Verstappen yang memulakan karier F1 pada usia 17 tahun pada 2015 dan menang perlumbaan pertamanya bersama Red Bull tahun berikutnya di Sepanyol.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Disember 2021 @ 11:05 AM