PERTEMBUNGAN Verstappen, Hamilton. -FOTO AFP
PERTEMBUNGAN Verstappen, Hamilton. -FOTO AFP
Agensi

Abu Dhabi: Max Verstappen dan Lewis Hamilton akan memulakan pertarungan terakhir mereka untuk menentukan siapa yang lebih hebat dalam sejarah dalam Formula 1 terhebat apabila memulakan aksi di di barisan hadapan Grand Prix Abu Dhabi.

Hamilton dan Verstappen hadir ke perlumbaan terakhir dengan 369.5 mata, kali kedua berlaku dalam pertarungan sejak F1 pertama pada 1950.

Biar apapun yang berlaku, sejarah akan tercipta sama ada Hamilton yang berusia 26 tahun akan meraih gelaran dunia kelapannya dan menjadi pelumba paling berjaya dalam sukan itu apabila mengatasi rekod Michael Schumacher.

Atau, Verstappen yang berusia 24 tahun akan memenangi gelaran pertamanya dalam era baharu perlumbaan F1.

Verstappen mempunyai kelebihan selepas menyambar petak pertama untuk Red Bull dalam perlumbaan luar biasa di litar Yas Marina meninggalkan Hamilton.

"Max melakukan kerja dengan baik pada pusingan terakhir itu," kata Hamilton yang mengakui tiada cara untuk dia memintas.

Namun pertarungan masih belum tamat kerana dengan mereka akan menentukan siapakah yang paling hebat musim ini.

Verstappen berkongsi mata dengan pencabarnya yang juga pemandu Mercedes, Hamilton yang akan bermula di petak kedua.

Lando Norris akan bermula di petak ketiga, sebaris rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez.

Enam pemenang terakhir di GP Abu Dhabi sebelum ini, semuanya bermula di petak hadapan termasuk Verstappen yang merangkul kejuaraan sama pada musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Disember 2021 @ 1:12 PM