Litar Catalunya di Barcelona. FOTO Agensi
Litar Catalunya di Barcelona. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Grand Prix Sepanyol menandatangani kontrak baharu untuk kekal berada dalam kalendar Formula Satu (F1) di Litar Catalunya Barcelona sehingga 2026.

Penganjur bersetuju menambah baik litar perlumbaan dan kemudahan pada masa diperlukan untuk grand prix tahun depan yang dijadualkan pada 22 Mei.

Ia akan menjadi perlumbaan keenam daripada 23 grand prix seperti dijadualkan.

Kontrak baharu berkenaan sebagai komitmen untuk memastikan litar berkenaan menjadi modal dan penada aras kestabilan dunia.

Sasaran korporat F1 adalah menjadi sukan itu sifar karbon menjelang 2030.

Menteri Perniagaan dan Buruh Catalan, Roger Torrent berkata: "Kami mahu litar itu menjadi komponen kepada transformasi hijau dan penyesuaian infrastruktur pada tuntutan kecemasan iklim."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 November 2021 @ 9:35 PM