Pemandu F1 Mercedes, Lewis Hamilton ketika bersaing di GP Amerika Syarikat. FOTO EPA
Pemandu F1 Mercedes, Lewis Hamilton ketika bersaing di GP Amerika Syarikat. FOTO EPA
Agensi

Austin: Lewis Hamilton mengakui cabaran lebih sukar menantinya untuk mengatasi Red Bull bagi dua perlumbaan Grand Prix (GP) akan datang.

Pemandu Britain itu tewas kepada pendahulu dan pesaing kejuaraan perlumbaan, Max Verstappen, di Grand Prix Amerika Syarikat, pada Ahad.

Kemenangan Verstappen meletakkannya di kedudukan mendahului 12 mata berbanding Hamilton - jurang besar bagi kedua-dua musuh tradisi itu sejak Silverstone pada Julai lalu.

Juara dunia tujuh kali itu berpeluang memberi saingan dalam baki lima perlumbaan tetapi mengakui Red Bulls ada kelebihan dalam dua perlumbaan GP akan datang.

Pertarungan antara kedua-dua mereka diteruskan di perlumbaan pada 7 November di Mexico sebelum ke Brazil seminggu kemudian.

Mengenai dua perlumbaan akan datang, Hamilton, 36, berkata: "Sekurang-kurangnya dua perlumbaan akan datang memberi kelebihan kepada Red Bull jadi persaingan akan bertambah sukar, semestinya."

Pemandu Mercedes itu terlepas empat gelaran GP Mexico kepada Verstappen.

Dalam keadaan cuaca panas dan angin kurang ia bakal memberi kelebihan kepada Red Bull ketika perlumbaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Oktober 2021 @ 2:50 PM