Pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen. FOTO AFP
Pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen. FOTO AFP
AFP

Austin: Max Verstappen berharap kepulangan semula bos teknikal Red Bull, Adrian Newey akan membantu pasukannya mengatasi seteru mereka, Mercedes ketika saingan sengit memburu gelaran kejuaraan utama antara dirinya dan Lewis Hamilton.

Bercakap di Litar Amerika menjelang Grand Prix Amerika Syarikat hujung minggu ini, pendahulu kejuaraan dunia dari Belanda itu mengakui Mercedes mengatasi Red Bull pada perlumbaan sebelum ini.

"Mereka melakukan tindakan, tetapi kami tidak boleh duduk tanpa melakukan apa-apa mengenainya dan kami harus beri tumpuan pada diri sendiri," katanya pada sidang media sebelum menambah dia gembira untuk pasukan selepas Newey kembali menyertai mereka.

Warga Britain yang terkenal sebagai pereka kereta perlumbaan hebat sepanjang zaman, berehat tiga bulan selepas mengalami kecederaan dalam kemalangan basikal ketika bercuti di Croatia.

Dia kembali bersama pasukan di Turki ketika pelumba Mercedes, Valtteri Bottas memenangi perlumbaan pertamanya musim ini.

Verstappen berkata dia berharap Newey dapat membantu memperbaiki kedudukan saingan pasukan ketika ditampilkan dalam dua perlumbaan lalu, Hamilton melengkapkan kejuaraan ke 100 dalam karier di Rusia.

"Ia tidak sesuai," kata Verstappen apabila ditanya mengenai kepentingan Newey dalam pasukan itu.

"Ia sudah tentu kerjasama berpasukan, tetapi adalah bagus untuk melihat dia kembali di Turki dan saya berharap dapat melihat apa yang kami dalam lakukan sekarang dalam minggu akan datang."

Sementara itu, Verstappen ketawa apabila ditanya mengenai kaji selidik global yang baru oleh peminat yang menyaksikan keputusan dia diisytiharkan antara pelumba popular sukan itu.

"Impian saya adalah melakar kejayaan - saya belum bersara!" kata Verstappen.

Dia turut mengesahkan kenyataan yang dibuat pada awal Khamis lalu dengan memaklumkan dia tidak mengambil bahagian dalam siri Netflix "Drive to Survive".

Verstappen mendahului Hamilton dengan enam mata dalam gelaran kejuaraan pelumba dengan berbaki enam perlumbaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Oktober 2021 @ 10:21 AM