VERSTAPPEN bersama trofinya selepas menduduki tempat kedua di GP Turki.
VERSTAPPEN bersama trofinya selepas menduduki tempat kedua di GP Turki.
Agensi

London: Pelumba Red Bull, Max Verstappen tidak menjangkakan persaingan merebut gelaran Formula 1 menjadi lebih mudah selepas merampas kembali kedudukan pendahulu kejuaraan pemandu.

Verstappen kembali mengatasi Hamilton selepas menduduki tempat kedua Grand Prix Turki kelmarin manakala Hamilton hanya meraih tempat kelima selepas bermula di petak ke-11 susulan dikenakan penalti angkara perubahan enjin.

Sejak Grand Prix British, Mercedes kerap mengatasi Red Bull dengan hanya perlumbaan di Zandvoort menyaksikan penguasaan Verstappen sejak dari awal perlumbaan.

"Mereka lebih pantas minggu ini. Kami perlu analisa mengapa kami tidak kompetitif di sini. Saya jangka perlumbaan selepas ini tidak mudah namun setakat ini kami berdepan musim yang baik.

'Saya selalu berusaha memberikan yang terbaik dan kita akan lihat sekali lagi saingan di Austin. Kami tidak boleh berputus asa dan sentiasa memberikan yang terbaik. Jika di penghujung musim nasib tidak sebelahi kami, saya tetap boleh tidur lena.''

F1 kembali ke Grand Prix Amerika Syarikat dengan Red Bull gagal menang di COTA sejak 2013.

Mengenai peluangnya, Verstappen berkata: "Hampir keseluruhan tahun ini menyaksikan persaingan sengit. Kadang-kadang kami nampak lebih baik tetapi ada juga ketikanya mereka lebih pantas.

''Saya harap daripada baki perlumbaan, terdapat beberapa trek yang menyebelahi kami.''

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Oktober 2021 @ 12:06 PM