Alex Albon. FOTO Agensi
Alex Albon. FOTO Agensi
AFP

London: Alex Albon kembali ke saingan Formula Satu (F1) musim depan selepas bersetuju berlumba buat Williams, menurut pasukan British itu.

Pemandu Thailand kelahiran London itu akan mengambil tempat George Russell susulan pemandu itu menyertai Lewis Hamilton di Mercedes pada 2022.

Albon, 25, digantikan Sergio Perez di Red Bull selepas dia bergelut mengejar Max Verstappen pada musim pertamanya bersama pasukan itu pada 2020.

Selepas diketepikan 12 bulan, Albon diberikan peluang kedua untuk bergandingan dengan pemandu Kanada, Nicholas Latifi, 26, yang dikekalkan Williams untuk musim ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 September 2021 @ 10:36 PM