VERSTAPPEN gembira dengan pertukaran dua casis menjelang perlumbaan di Litar Paul Ricard. FOTO EPA
VERSTAPPEN gembira dengan pertukaran dua casis menjelang perlumbaan di Litar Paul Ricard. FOTO EPA
AFP

Le Castellet, Perancis: Pendahulu kejuaraan dunia, Max Verstappen mencatatkan masa terpantas dalam sesi latihan di Grand Prix Perancis di Litar Paul Ricard dengan pasukan Mercedes gembira mereka kembali ke landasan terbaik.

Pelumba Belanda itu mencatatkan masa 0.008 saat (s) di hadapan Valtteri Bottas yang mendahului sesi pertama dengan Lewis Hamilton ketinggalan 0.253s di

belakang.

Verstappen memperbaiki catatan masanya pada sesi kedua apabila menukar ke tayar lembut manakala Bottas mencatat masa terbaiknya ketika di pertengahan ujian.

"Ia penamat yang baik dan kami menunjukkan peningkatan yang ketara," kata Verstappen.

"Tapi ia masih sukar di sini. Litar sangat panas dan berangin di luar sana jadi tidak mudah untuk mencengkam litar."

"Angin ada kalanya bertiup kencang dan untuk satu pusingan tidak mengapa dan pusingan seterusnya akan bertambah," katanya.

"Sukar untuk mengatakan di mana kami akan berada esok dan anda tidak akan tahu apa yang akan lawan temui semalam.

"Sudah pasti saya akan menjangkakan ia akan menjadi sangat sengit dan itu bukan satu yang mudah," katanya.

Mercedes, cuba untuk kembali mendapatkan rentak terbaik selepas berdepan dua grand prix yang teruk di Monaco dan Azerbaijan, menukar dua casis kereta mereka.

Bottas menduduki tempat ke-12 di Baku dan khabar angin bertiup kencang mengatakan dia akan menggantikan tempat George Russell.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Jun 2021 @ 9:10 AM