Aksi pelumba negara, Syarifuddin Azman ketika perlumbaan CEV Moto3 Remaja Dunia di Sepanyol.
Aksi pelumba negara, Syarifuddin Azman ketika perlumbaan CEV Moto3 Remaja Dunia di Sepanyol.
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Memang menjadi harapan semua pelumba negara yang beraksi di Kejohanan FIM CEV Repsol beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bersedia atau tidak mereka semua perlu mencuba.

Ia ditegaskan Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan barisan pelumba muda negara di kejohanan itu.

Zulfahmi menjawab perkara itu ketika diminta mengulas mengenai peluang Syarifuddin Azman untuk bersaing di MotoGP adalah cerah selepas muncul juara perlumbaan pertama CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol minggu lalu.

"Sama ada dia bersedia atau tidak memang dia kena bersedia untuk berlumba di sana. Sama juga seperti ketika saya ambil dia berlumba dari Cub Prix ke CEV saya tahu dia tak bersedia tapi kami mempersiapkan dia untuk pergi ke peringkat seterusnya.

"Setiap perlumbaan itu berbeza dan sekarang kita tahu, bersedia atau tidak dia (Syarifuddin) sudah menang perlumbaan di CEV.

"Itu sudah bermakna dia sudah separuh bersedia untuk ke Kejohanan Dunia. Dia kena pergi untuk mencuba kerana setiap perlumbaan itu adalah berbeza," katanya.

Terdahulu prinsipal pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT) Datuk Razlan Razali memaklumkan peluang untuk Syarifuddin atau Damok ke MotoGP adalah cerah. Razlan berkata, Damok sudah memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan sudah pasti ada sinar untuknya bersaing di MotoGP pada masa akan datang.Selain Damok, empat lagi pelumba negara turut bersaing di pentas Eropah dan CEV dan mereka terdiri daripada Adam Norrodin (CEV), Danial Syahmi, Hakim Danish dan Sharul Ezwan Sharil di European Talent Cup (ETC).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Jun 2021 @ 8:35 PM