PEREZ meraikan kejayaan di pentas podium. FOTO AFP
PEREZ meraikan kejayaan di pentas podium. FOTO AFP
AFP

Baku: Pelumba Red Bull, Sergio Perez memenangi Grand Prix Azerbaijan dengan Max Verstappen dan Lewis Hamilton kedua-duanya gagal menamatkan perlumbaan.

Sebastian Vettel yang beraksi bersama Aston Martin serta Pierre Gasly (Alpha Tauri) masing-masing meraih penamat kedua dan ketiga.

Verstappen mengalami kemalangan lima pusingan sebelum tamat perlumbaan. Hamilton pula gagal meneruskan saingan ketika perlumbaan dimulakan semula.

Drama yang berlaku di Baku hari ini menyaksikan Verstappen masih mendahului kedudukan kejuaraan pemandu.

Manakala untuk Perez pula, ia adalah kemenangan pertamanya sejak menyertai Red Bull.

"Saya sangat gembira hari ini. Kebiasaannya Baku sememangnya sangat mencabar tetapi saya bersimpati dengan Max.

"Dia berhak untuk memenangi perlumbaan hari ini dan pastinya menarik untuk pasukan jika dapat meraih penamat satu dua," kata Perez.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Jun 2021 @ 11:08 PM