Pemandu F1 dari Belanda mewakili Red Bull Racing, Max Verstappen meraikan kejayaan memenangi Grand Prix Monaco. FOTO Agensi
Pemandu F1 dari Belanda mewakili Red Bull Racing, Max Verstappen meraikan kejayaan memenangi Grand Prix Monaco. FOTO Agensi
AFP

Monte Carlo: Max Verstappen menang perlumbaan di Grand Prix Monaco buat pertama kali awal pagi ini dan segera menempelak juara dunia, Lewis Hamilton dengan memberitahu pencabar gelaran itu: "Tindakan lebih bagus daripada hanya bercakap."

Pemandu Belanda dari pasukan Red Bull itu mencipta kejayaan daripada petak hadapan diambilnya daripada Charles Leclerc apabila pemandu Ferrari itu gagal memulakan perlumbaan.

"Pertama sekali, saya mahu katakan bahawa tindakan lebih bagus berbanding hanya bercakap. Saya rasa ia pengajaran berguna selepas berakhir minggu ini," kata Verstappen yang kini mengambil alih kedudukan kejuaraan dunia daripada Hamilton.

Max Verstappen bersalaman bersama pasukan Red Bull Racing. FOTO Agensi
Max Verstappen bersalaman bersama pasukan Red Bull Racing. FOTO Agensi

Sebelum ini sensasi Britain itu berkata "mungkin Max merasakan dia perlu banyak membuktikan sesuatu."

"Saya tidak semestinya berada dalam situasi sama dan saya lebih mengejar kejayaan jangka panjang, ia maraton dan bukan jenis mentaliti mahu memecut, yang menyebabkan kenapa saya ada catatan yang saya mahukan."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Mei 2021 @ 9:40 AM