KARAMJIT yakin dengan bantuan dan sokongan agensi berkaitan kejohanan rali di Malaysia boleh dianjurkan. FOTO NSTP
KARAMJIT yakin dengan bantuan dan sokongan agensi berkaitan kejohanan rali di Malaysia boleh dianjurkan. FOTO NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Legenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh berjanji untuk mengembalikan semula kegemilangan rali Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Pemandu berusia 59 tahun itu yang juga dikenali sebagai 'Flying Sikh' berkata melalui kerjasama antara agensi kerajaan berkaitan dan pihak penganjur, akan dapat menjadikan Malaysia di peta kejohanan dunia sekali lagi.

"Saya fikir penganjur sekarang mempunyai impian untuk mengembalikan semula kegemilangan rali Malaysia. Saya yakin dengan bantuan dan sokongan agensi berkaitan, kita boleh bawa kejohanan rali ke Malaysia dan menjadi tumpuan dunia semula.

"Negara mempunyai infrastruktur dan laluan rali yang cantik untuk menganjurkan acara kejohanan rali di sini," kata Olahragawan Negara 2002 itu kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasukan Cisco Racing di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan, Cisco Rabin Nijhar berkata risiko awal perlu dipertimbangkan untuk mencipta masa depan yang lebih besar dalam kejohanan rali.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 9:59 PM