Roy Nissany pemandu ujian Williams musim ini. FOTO Agensi
Roy Nissany pemandu ujian Williams musim ini. FOTO Agensi
Agensi

Paris: Roy Nissany akan kekal sebagai pemandu ujian Williams bagi musim 2021.

Pemandu berusia 26 tahun dari Israel itu akan menjalani tiga ujian dalam sesi latihan di Grands Prix termasuk satu hari bagi ujian pra musim sebagai sebahagian daripada perjanjian kontraknya.

Bermakna pelumba bagi perlumbaan, George Russell dan Nicholas Latifi mempunyai satu hari dalam setiap kereta sebelum pembukaan musim GP Bahrain pada 28 Mac ini.

Ujian pra musim F1 dikurangkan kepada tiga hari pada 2021, juga di Bahrain pada Mac, bagi mengurangkan perbelanjaan.

Musim lalu, Nissany mengambil bahagian dalam sesi latihan bebas bagi Williams di Sepanyol, Itali dan Grands Prix Bahrain.

"Saya sangat berbangga untuk terus menjadi sebahagian daripada pasukan Williams," katanya.

"Sejak kami bermula, kami sudah menunjukkan peningkatan yang mendadak bertahun lamanya, kami mempamerkan banyak kerja produktif di belakang tabir.

"Ketika memberikan sebaik mungkin kepada pasukan, saya berkongsi kepakaran dan kemampuan sebagai pemandu. Saya sangat teruja untuk meneruskan prestasi ini pada 2021."

Prinsipal pasukan, Simon Roberts menambah: "Kami sangat gembira dengan sumbangan yang dilakukan Roy kedua-duanya menerusi hasil kerja di litar dan simulasi di Grove, yang semua ternyata membantu kenaikan masa pusingan yang dapat kita hasilkan dengan FW43.

"Kami juga gembira melihat Roy semakin maju sebagai pemandu dan kami tidak meragui bahawa dia akan terus mempamerkan peningkatan pada tahun ini."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 12:37 PM