BOTTAS raih petak pertama yang ke-15 dalam karier. FOTO AFP
BOTTAS raih petak pertama yang ke-15 dalam karier. FOTO AFP
AFP

Imola, Itali: Lewis Hamilton memuji rakan sepasukannya dari Mercedes, Valtteri Bottas selepas pelumba Finland itu menewaskan untuk menduduki petak pertama Grand Prix Emilia Romagna hari ini.

Juara dunia enam kali itu, yang berusaha melebarkan rekod di petak utama kepada 98, hanya tewas beberapa saat.

Ditanya mengenai kualiti yang dimiliki Bottas sebagai rakan pasukan, Hamilton berkata, keputusan yang dilakarkan pada hari Sabtu sudah cukup menggambarkan siapakah dia.

"Saya tidak perlu untuk bercakap banyak," kata Hamilton.

"Maksud saya dia mendapat petak utama. Dia di depan saya. Saya mendapat petak utama lebih banyak daripada mereka yang berada di sini jadi saya bukan yang lambat.

"Dia melakukan tugas yang luar biasa. Dia melakukan perbincangan di atas trek dan itu yang bagus mengenai Valtteri.

"Saya sangat menghormatinya."

Bottas hanya mengatasi Hamilton beberapa saat untuk meraih petak utama yang ke-15 dalam kariernya dan kini berusaha untuk merangkul kejuaraan ke-10 untuk merapatkan jurang mata selepas ketinggalan 77 mata di belakang Hamilton.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 November 2020 @ 1:36 PM