AKSI Calleros (kiri) ketika menentang Yafai tahun lalu. FOTO Agensi
AKSI Calleros (kiri) ketika menentang Yafai tahun lalu. FOTO Agensi
Agensi

London: Petinju Mexico Moises 'Taz' Calleros diharamkan bertarung empat tahun oleh Ketua Anti-Doping United Kingdom (UKAD) semalam sebelum mendapati dia sudah meninggal dunia tiga bulan lalu.

Petinju dari Mexico berusia 34 tahun itu mati mengejut disyaki akibat serangan jantung pada Februari lalu.

Calleros dikalahkan oleh Brit Galal Yafai dalam empat pusingan pada April 2023 dan petinju itu bertarung sekali lagi dan menewaskan Gerardo Verde pada 16 Disember 2023 di Mexico.

Dia dipercayai sedang bersiap untuk perlawanan lain apabila dia ditemui mati di rumahnya.

Sepuluh bulan selepas kekalahan kepada Yafai, muncul berita Calleros gagal dalam ujian doping oleh UKAD.

Dikhabarkan, UKAD tidak menyedari kematiannya dan Calleros didapati positif kokain dan dikenakan penggantungan selama empat tahun oleh UKAD.

"Pelanggaran Peraturan Anti-Doping!. Petinju Profesional Mexico Moises Calleros diharamkan selama empat tahun, berikutan Pelanggaran Peraturan Anti-Doping (ADRVs) untuk kehadiran dan penggunaan bahan terlarang, kokain dan metabolit," menurut UKAD dalam satu kenyataan mereka di X.

Namun, peminat Calleros mengungkapkan rasa sedih dengan pengumuman UKAD di X, dan mereka dengan segera memadam kenyataan tersebut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2024 @ 11:55 AM